Friday, May 22, 2009

positif ke?????


sometime..x semua yg kite pikir betul..fikiran yg nagetif banyak membawa keburukan n masalah.. ade yg suke berfikiran positif n ade gak yg x... tp dalam perhubungan kite kena elakkan dr pada berfikiran negatif... tp tue la.. nape la fikiran nie slalu x boleh nk positif.... nape kite biarkan syaitan membisikan perkara2 yg x baik... dlm persahabatan, perhubungan dan kehidupan..pemikira positif membuatkan hidup kite jd lebih bermakne...segala yg ssh menjadi senang..

semoga dri nie sentiase berfikiran positif... :)

Sunday, May 17, 2009

~Me~



5 cuti n 2 keje...hehehehe...


hmmm.. kan best klu cuti kite 1 week n keje 2 ari je...hehehe.. wlpn mustahil.. xpe la nk berangan je...hehehh...esok kena continue wat sistem..huhuhuh..

pina n afiq



eerrrr.. takut gak






hmm.. smlm org tido umah mala kat ampang.. lupe plak name plaf die.. saje je..weekend2 nie trun jumpe member.. hmmm borak mcm2 gak la..
kul 2.30 am baru tido.. time sedap2 tido tue... tertibe je pintu bilik diketuk ngan kuat skali + keadaan cemas.. perhg.. mcm x caye je... ade kebakaran berlaku.. mmg takut giler la.. bile tkt asap kat luar ... dah la umah member kat 10 floor.. hmm..mmg amik mase 4 minit je la..
org just capai beg, haset+ sempat gak la amik sluar jean bw turn...org turn paki bg tido je la..mmg risau giler...yg pikir just nk slamatkan diri je.. 1st time rase cam nie..pengalaman berharga gak la..
x abis lg cite td.. then dlm kecoh2 tue + emercncy alarm lg.. kite org pun turun la...mmg ramai gak la turn.. x lame pastu bomba pun sampi... tp x de serius sgt .. after 30 mnt br la org naik balik..pergh penat giler naik gune tangga.. sib bail 10 foor klu tgkt 17 x tau la.. nk naik lif takut... hmm.. org igt umah kat 2nd floor terbakar.. rupe2 ye 3 motor n 1 bsikal yg letak kat bawah tangga terbakar meletop.. mmg teruk gak la..sib baik la x de pape... hmm.. rs best+takut gak bile alami keadaan cam nie... heheheh.... pic kite org x leh lak nk letak.. x mencukupi syarat.. maklum la ms kecemasan..

x kan kuluper kan...

Friday, May 8, 2009

kehidupan


hmmm.. hidup mmg banyak cabaran.. kite yg kena kuat untuk tempuhi ye.. macam ragam dan perangai dalam dunia nie.. makin meningkat usia ini, makin banyak pegalaman hidup yang kite tempuh... sejuta org.. sejuta ragam n gaya la... tapi penting kite kena terima dan ambik mane yg baik... yg pasti x semua ape yg kite buat dapat memuaskan hati org... mudah-mudahan hidup nie dilindungi oleh-Nya...amin

#~hidup kena ceria.... go ekin..go...:)

Wednesday, May 6, 2009

hari yg indah...

hmmm..ari nie my team leader g BPFK...then ape lg org pun buat la muke kesian minta tolong amikkan laptop..maklumla dah nak dekat sebulan kat HP tue.. ape tak ye.. dah 2 surat cinta dr hp smpi..cal plak nk dekat banyak kali...huhu.. org pun minta member tolong update warranty laptop nie..+ 1 year maklum la nk expired dah... laptop nie pun banyak wat hal...huhuh.. melayang la rm198...time tgh sesak..sesak nie mmg terasa la....then.. org pun tunggu la learder team balik...ye la..rindu sgt ngan laptop nie.. maklum slalu ye bile dah jumpe user..mmg lambat la balik..ari tue pun x sempat nk amik... dah lam kul 6..die org pun x balik lg.. mmg sah la..x sempat nk amik nie.. akhir ye..amik gak laptop org nie dr HP tower.. die org amik laptop br g jumpe user..coz comfirm x sempat klu amik balik tie.... hope fully pasni laptop nie sentiase ok je.....insya-allah

Tuesday, May 5, 2009

Cara Meningkatkan Metabolisme

  • Makan Dengan teratur, Apabila kita makan, secara automatiknya meningkatkan kadar metabolisme badan untuk proses penghadaman makanan.
  • Makan Lebih, untuk jaga badan juga perlu makan lebih tapi jaga lah benda apa yang dimakan itu juga. Jangan bertindak membuang kalori dengan tidak makan kerana apabila anda tidak makan akan memperlahankan metabolisme.Cara meningkatkan metabolisme badan
  • Pegambilan Protein, Rantaian protein amat sukar untuk dipecahkan oleh itu lebih banyak penghadaman dilakukan secara tak langsung meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Makan Ikan & Makanan Kurang Lemak, Ini akan mengalakkan penghantaran maklumat “saya kenyang” kepada otak dan membantu isyarat di hantar kepada otak untuk metabolisme membakar kalori dengan lebih banyak.
  • Makan makanan Pedas, Makanan pedas mampu meningkatkan jumlah kalori yang di bakar ketika proses penghadaman.
  • Minum air Sejuk, kerana ini akan meningkatkan kadar metabolisme kerana badan pemanaskan air pada suhu tubuh.
  • Berjalan lebih pantas. Ini akan meransang kamu lebih berpeluh.
  • Lebih banyak otot yang di miliki, lebih banyak kalori yang akan di bakar sepanjang hari. Cubalah senaman 2 kali seminggu.

Petua Menghilangkan Kedut Pada Wajah


Petua menhilangkan Kulit KedutSedikit sahaja petua yang dipaparkan pada tajuk kali ini tapi biarlah intronya panjang sedikit ya… ahahaha..

Memang apabila umur mencecah 30-an memang setiap wanita menjadi risau kepada wajah mereka mulai mengeluarkan tanda-tanda penuaan. Selaian produk-produk kecantikan yang pelbagai dipasaran untuk kulit yang kedut mari kita cuba cara tradisional sedikit mana tahu berkesan pula.

Caranya ialah maskerkan wajah dengan telur putih dan biarkan ia kering. Setelah itu bersihkan wajah dengan air cucian beras dan bersihkan wajah dengan air bersih. Senang kan…

petang yang suram..

hmm.. actualy tgh boring.. kerja mmg banyak....tp x tau nak bt yg mane satu nie... bulan 10 nie abis la project quest3 nie..so dah leh tutup buku lah pas nie.. continue another project plak..insya-allah..

5 Tips kurus

1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips - tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Thursday, April 23, 2009

My Laptop...

dh msk setahun usia laptop org.. tp tue lah.. banyak tuel masalah.. dh 2 kali masuk klinik....uhuhuhuh.. sib baik la ade warranty lag...tension..mmg tension.. tp nk wat cam ner... terima je.. skrg nie mmg dah redha la klu laptop nie ade problem... br 20 ari kuar dr klinik boleh problem lg...huhuu..so kena la antar balik...maybe next week br amik...huhuhu.. dah rindu sgt kat laptop nie....


*( hope my laptop sentiase ok pasni)

rahsia senyummm ;- )




Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.

Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.




Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.




Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).




Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.



Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.



Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.




Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.



Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".